Friday 12 July 2013

Entri yang dijanjikan bersama SELINGAN!

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia yang dinanti-nanti, Ramadhan. Walaupun dah hari yang ke-4, masih belum terlewat kan nak ucapkan "selamat berpuasa" kepada semua kawan-kawan blogger yang disayangi. Semoga Ramdhan kali ini penuh makna. InsyaALLAH. Cop cop! ada selingan sikitlah, bole kan? hehe.

*SELINGAN

 Ramai yang sedia maklum tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, namun ada sesetengah perkara yang kita terlepas pandang yang mungkin boleh membatalkan puasa kita. Hadis nabi SAW: "Berapa orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga". Kawan-kawan, puasa bukan tidak boleh makan dan minum sahaja TETAPI kita  juga mesti menjaga pandangan, menjaga telinga, menjaga lidah daripada memaki, mengumpat dan sebagainya.

Seperkara lagi!
Adakah diterima di sisi ALLAH, puasa orang yang tidak solat & menutup aurat?

Kalau tak tutup aurat, puasanya masih diterima. Tapi kalau tak solat, puasa ALLAH tak terima. Kita kena tahu solat adalah tiang. Bila takde tiang, di mana nak letak puasa, zakat dan haji? Nabi SAW ada bersabda: "Siapa yang tinggal solat, dia telah meruntuhkan agamanya". Yang pertama sekali ditanya dalm kubur pun adalah solat. Solatnya baik, maka puasa, zakat & hajinya insyaALLAH baik. -UAI

Walaupun puasa kita akan diterima walaupun kita tidak menutup aurat, menutup aurat tetap WAJIB ye kawan-kawan. Yang wajib tetap wajib.

#Kesemua yang di atas adalah peringatan untuk anda yang dikasihi & peringatan untuk DIRI SENDIRI juga. thank youu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah okay. Panjang betul selingan kannn. 
Back to the main title, sambungan kepada entri "Ada lagi yang diserang penyakit berjangkit bantal?". Seperti yang dijanjikan, sha nak tunjukkan bantal adik Aqil pula. Bertemakan merah jambu dan biru muda. Silalah menjamu mata, jangan jamu makan pulak. puasaaa. hee.





Okay sekian, thank youu :)

14 comments:

  1. selamat menunaikan ibadah puasa.. ramai yang berpuasa, tapi tak solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga kak. semoga entri ini memberi sedikit sebanyak ilmu :)

      Delete
  2. Salam, Bagus laa entri nie ..
    btw, selamat menyambut bulan ramadhan .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. selamat menyambut bulan ramadhan juga :)

      Delete
  3. Yang biru tu guna felt ya? Comel la bantal tu

    ReplyDelete
  4. Salam sya.. Yong dah jd follower ke 938. Salam ramadhan, Comel bantal tuu..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. puasa bukan jaga makan minum je.. salam ramadhan dan selamat berpuasa.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. peringatan untuk diri sendiri yg sering terleka ini juga. selamat berpuasa aisya :D

      Delete
  6. isk.. comelnya.. cute sangat tu..
    btw, selamat menjalani ibadah puasa ye..

    ReplyDelete
  7. blog nya lucu ya, menarik sekali. saya suka itu.

    assalamualaikum, marhaban ya ramadhan, senyum sapa dari saya denny aby untuk para sobat blogger di bulan yang suci dan penuh berkah ini....visit balik ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youu. waalaikummussalam, salam ramadhan denny :)

      Delete

chirp-chirp!!