Wednesday 23 October 2013

Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalamualaikum

Tahukah anda apa itu HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV)?

HPV adalah:
  • Penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seksual
  • Setiap wanita yang melakukan hubungan seksual berisiko dijangkiti HPV
  • Kanser serviks akan terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks

Apa pula kanser serviks?
  • Di malaysia, kanser serviks adalah kanser yang ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payudara & kolorektum
  • Pada tahun 2007, Daftar Kanser telah melaporkan sebanyak 10.7% bilangan kes kanser serviks daripada 10 jenis kanser paling kerap dihidapi wanita di Malaysia
  • Pada tahun yang sama juga, 847 kes baru kanser serviks telah dilaporkan. Bersamaan dengan 2-3 kes setiap hari!
  • Bagi wanita yang telah menerima 3 dos vaksin HPV dan telah melakukan hubungan seksual (sudah berkahwin), Ujian Pap Smear masih perlu dilakukan secara berkala
Sebelum ini kos untuk mendapatkan vaksin ini mencecah ratusan ringgit dan agak sukar untuk golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan suntikan vaksin ini. Berita baik buat semua para wanita kerana raru-baru ini Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan program vaksinasi kepada golongan wanita. Jadi suntikan PERCUMA akan diberikan kepada kumpulan sasaran yang berwarganegara Malaysia.

Objektif

Objektif Umum

Untuk mengurangkan beban penyakit akibat kanser serviks dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Objektif Khusus

  • Untuk memberi vaksinasi HPV kepada semua wanita yang berusia 18 tahun sebagai catch up group.
  • Untuk melindungi wanita Malaysia dari jangkitan HPV.
  • Untuk mengurangkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia.

Kumpulan Sasar

Dasar Program Vaksinasi HPV

Dasar telah menetapkan untuk memberi Vaksinasi HPV kepada semua wanita warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan tidak hamil.

Dasar Operasi

Vaksinasi HPV akan diberikan kepada kumpulan sasar iaitu wanita berusia 18 tahun seperti berikut:
TAHUN PELAKSANAAN PROGRAM
TAHUN KELAHIRAN KUMPULAN SASAR
2012
1993
2013
1993, 1994 & 1995
2014
1994 & 1995
2015
1995 & 1996
 Jadual Vaksinasi
Vaksinasi akan diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan. Jadual vaksinasi untuk 3 dos adalah seperti berikut: 
DOS
JADUAL VAKSINASI
Satu (1)
0 bulan
Dua (2)
1 bulan selepas dos 1
Tiga (3)
6 bulan selepas dos 1
 p/s: Selepas suntikan pertama, kad vaksinasi akan diberikan untuk tujuan semakan tarikh dos seterusnya.
Lagi berita baik buat kaum wanita sekalian. Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014. Bukan itu sahaja, ada lagi berita baik! Kepada mereka yang merupakan pelajar universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang (seperti di dalam poster di atas) atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah! Hadiahnya adalah "fully-sponsored Girls Day Out session" yang destinasinya masih RAHSIA tetapi mereka berjanji ia akan menjadi hari yang penuh keseronokan & kenangan terindah buat anda dan rakan anda! The more the merrier! hehe.

Berikut adalah lokasi Program Vaksinasi HPV (9am - 4pm):
• Taylor's University College @Syopz - 2nd October 2013 
• Tunku Abdul Rahman University College (Pintu 1) - 9th October 2013
Universiti Putra Malaysia (Bukit Expo) – 26th October 2013 (coming soon)
• 1Borneo Mall - 16 November 2013
• UniMas Sarawak - 14 November 2013

untuk maklumat & pertanyaan lanjut boleh diajukan di: https://www.facebook.com/PVHPV
Akhir kata, mencegah lebih baik daripada mengubati!

19 comments:

  1. yerp.. sama2 kite mencegah.. honestly, kite x suke vaksin2 ni.. :)

    ReplyDelete
  2. amalkan amalam hidup yang sihat. yeay!!

    ReplyDelete
  3. klu dr keturunan.. tumpng simpati..

    ReplyDelete
  4. kata last tu betol sgt =) bagus info ni utk prmpuan kt luar sna..

    ReplyDelete
  5. nampak nya xter libat sebab lahir tahun 80 an :)

    ReplyDelete
  6. salam..

    mmg mcegah lbh baik dri mgubati..
    jadi sesiapa yg lahir d thun yg terlibat tu elok la amik lngkah pcegahan awl =)

    ReplyDelete
  7. akak pun terkeluaci sebab lahir tahun 1980-an..

    ReplyDelete
  8. penah jgak kene cucuk cenggini
    btw cntik blog :)

    ReplyDelete
  9. bagus sgt ni. akak sokong.. ambil la vaksin ni..
    akak pon nanti kena buat pap smear..huu

    ReplyDelete
  10. takut kena cucuk..haha..nak buat pap smear tu lagila tak suka..takuttt!!!

    ReplyDelete
  11. bg yg berada berdekatan tu elok lah pergi.. huhu

    ReplyDelete
  12. Nice sharing Sha.. :-) penuh dengan informasi..

    ReplyDelete
  13. bukan sasaran xboleh ye.. hukhukk

    ReplyDelete
  14. insyaAllah next sem nak dapatkan suntikan yang ke3. last. fhewww~

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.

    Lana kena dapatkan sendiri lah..sebab lahir tahun 80an..hehe

    ReplyDelete

chirp-chirp!!