Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, 18 October 2013

Clayzee activity

Assalamualaikum
Haritu jalan-jalan dekat shopping mall tetibe nampak sale barang-barang craft. Murah pulak tu. So sha pon tergerak hati nak beli clayzee activity box ni. Banyak jenis craft yang ada. Tapi sha beli satu je, woodwork punya buat bekas ala-ala corak ira kayu guna clay. Pastu sha hasut adik sha beli sekali. haha. So dia pon terbeli, yang corkboard punya.Terrrrbeli tauu. haha. Gegatal sangat nak explore mende-mende ni kan. So ni barang-barang yang dia bagi dalam box. Banyak jugak tools dia. Dan-dan balik rumah time jugak buat terus benda alah ni. Eksaited terlebih. Kihkih. Tapi bau clay dia busukk okay! Lepas siap terus berus tangan dengan sabun yang wangi-wangi.


Lepas da lenyek-lenyek, gentel-gentel clay tuu, bia dia mengering semalaman terbentuklah benda kat bawah ni haa. Lepas da kering bole la kita teruskan dengan aktiviti cat-mengecat. Sebenarnya template yang dia bagi ada rabbit dengan epal macam dekat kotak dia tu. Tapi sha malas nak buat binatang-binatang ni, so sha buat jela nama. Tak tau nak letak nama apa, sha pon letak la, ibu & ayahh. sweet taak? haha. Sampai ibu masuk bilik nampak, "eh untuk ibu ke, terima kasih". Dia terus amek. 
Itu saja lah ngomelan untuk kali ni. Selamat hari raya aidiladha. I love uollss. xoxo


Friday, 28 June 2013

DIY: Message Fish Bowl (11 gambar)

Assalamualaikum
Hari ini nak sharing salah satu cara untuk anda menyampaikan pesanan tak kisah la untuk ibu ke, ayah, abang, kakak, adik, tunang, suami, kawan. haaa sape-sape lah dengan cara yang boleh tahan unikla erk, unik ke?. Mungkin lebih sesuai untuk fish lover kot. hee

Okay, okay. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. Artline250 Permanent Marker 0.4
2. Batu-batu sungai
3. Fish bowl

Cara-caranya:
Simple sahaja. Anda hanya perlu menulis segala pesanan anda ke atas batu-batu itu dan biarkan ia kering. Lepas kering susun terus dalam fish bowl! Hah sonang yo.
Selamat mencuba!







Selepas menyusun kesemua batu bertulis ke dalam "fish bowl" anda
Maka bolehlah anda memasukkan ikan peliharaan anda
Walla!