Assalamualaikum
Haritu jalan-jalan dekat shopping mall tetibe nampak sale barang-barang craft. Murah pulak tu. So sha pon tergerak hati nak beli clayzee activity box ni. Banyak jenis craft yang ada. Tapi sha beli satu je, woodwork punya buat bekas ala-ala corak ira kayu guna clay. Pastu sha hasut adik sha beli sekali. haha. So dia pon terbeli, yang corkboard punya.Terrrrbeli tauu. haha. Gegatal sangat nak explore mende-mende ni kan. So ni barang-barang yang dia bagi dalam box. Banyak jugak tools dia. Dan-dan balik rumah time jugak buat terus benda alah ni. Eksaited terlebih. Kihkih. Tapi bau clay dia busukk okay! Lepas siap terus berus tangan dengan sabun yang wangi-wangi.
Lepas da lenyek-lenyek, gentel-gentel clay tuu, bia dia mengering semalaman terbentuklah benda kat bawah ni haa. Lepas da kering bole la kita teruskan dengan aktiviti cat-mengecat. Sebenarnya template yang dia bagi ada rabbit dengan epal macam dekat kotak dia tu. Tapi sha malas nak buat binatang-binatang ni, so sha buat jela nama. Tak tau nak letak nama apa, sha pon letak la, ibu & ayahh. sweet taak? haha. Sampai ibu masuk bilik nampak, "eh untuk ibu ke, terima kasih". Dia terus amek.
Itu saja lah ngomelan untuk kali ni. Selamat hari raya aidiladha. I love uollss. xoxo
