Showing posts with label Bantal. Show all posts
Showing posts with label Bantal. Show all posts

Friday, 12 July 2013

Entri yang dijanjikan bersama SELINGAN!

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan mulia yang dinanti-nanti, Ramadhan. Walaupun dah hari yang ke-4, masih belum terlewat kan nak ucapkan "selamat berpuasa" kepada semua kawan-kawan blogger yang disayangi. Semoga Ramdhan kali ini penuh makna. InsyaALLAH. Cop cop! ada selingan sikitlah, bole kan? hehe.

*SELINGAN

 Ramai yang sedia maklum tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, namun ada sesetengah perkara yang kita terlepas pandang yang mungkin boleh membatalkan puasa kita. Hadis nabi SAW: "Berapa orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga". Kawan-kawan, puasa bukan tidak boleh makan dan minum sahaja TETAPI kita  juga mesti menjaga pandangan, menjaga telinga, menjaga lidah daripada memaki, mengumpat dan sebagainya.

Seperkara lagi!
Adakah diterima di sisi ALLAH, puasa orang yang tidak solat & menutup aurat?

Kalau tak tutup aurat, puasanya masih diterima. Tapi kalau tak solat, puasa ALLAH tak terima. Kita kena tahu solat adalah tiang. Bila takde tiang, di mana nak letak puasa, zakat dan haji? Nabi SAW ada bersabda: "Siapa yang tinggal solat, dia telah meruntuhkan agamanya". Yang pertama sekali ditanya dalm kubur pun adalah solat. Solatnya baik, maka puasa, zakat & hajinya insyaALLAH baik. -UAI

Walaupun puasa kita akan diterima walaupun kita tidak menutup aurat, menutup aurat tetap WAJIB ye kawan-kawan. Yang wajib tetap wajib.

#Kesemua yang di atas adalah peringatan untuk anda yang dikasihi & peringatan untuk DIRI SENDIRI juga. thank youu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hah okay. Panjang betul selingan kannn. 
Back to the main title, sambungan kepada entri "Ada lagi yang diserang penyakit berjangkit bantal?". Seperti yang dijanjikan, sha nak tunjukkan bantal adik Aqil pula. Bertemakan merah jambu dan biru muda. Silalah menjamu mata, jangan jamu makan pulak. puasaaa. hee.





Okay sekian, thank youu :)

Tuesday, 2 July 2013

Ada lagi yang diserang penyakit berjangkit bantal?

Assalamualaikum
okay harini nak update pasal bantal yang in progress haritu
Sebenarnya da lama da siap, tapi disebabkan kesibukan sibuk ke? teettt tak sempat nak update on time 
Gamba kat bawah ni adalah gamba yang haritu intro tak siap lagi
Jom tengok hasil sepenuhnya! 
tadaaaaaa!
sebenarnya si empunya nama "Aqil Hayyan" ni yang merengek-rengek nak bantal ni
Hari-hari dok tanya. okay STOP! akhirnya sha mengalah, buatla satu untuk dia
Ni sume gara-gara dia ternampak bantal yang sha buat untuk Hafiy haritu --> ♥
Dia request warna pink, tapi malas nak encourage dia suka pink, so sha buat jugak warna merah ni. Muahaha!

Selalu tanya dia,
Sha: Aqil, pink tu warna girl la. Merah kan cantik. Aqil girl ke boy ni?
Aqil: (dengan selamba dia jawab sambil tersengih) Girl!
Sha: haisshh budak bertuah ni *garu kepala





Nak dijadikan cite adik kepada si Aqil pulak merengek nak bantal
Okay penyakit berjangkit bantal. So layankan jela. Nantikan bantal tu next entry okaay!
Okay sekian, selamat malam :D

Sunday, 16 June 2013

Baby pillow: Hafiy & red

"No one can imagine life having their own children. But when they are born, no one can imagine life without them" -Unknown.

Handmade baby pillow khas untuk baby comel, Hafiy. 
front view
back view
Sebenarnya tak sengaja pon buat warna ni. Kebetulan mama Hafiy pon kata; "Hafiy ni macam tertarik tengok barang-barang warna merah. Dia suka warna merah kot". Masa mama dia cakap dia suka warna merah, dah buat da pon pillow warna maroon ni. Bole dimaafkan lagi la kan, nak dekat-dekat la tu dengan warna merah. hee. So hopefully dia suka la bantal ni & selesa tido dengan bantal ni.

Tu je untuk kali ni, sekian. Assalamualaikum :)

Thursday, 22 December 2011

Tempahan kak ayu! ❤

Pom-pom flower brooch! before & after di "make-up" ☺


pin belakang

Bantal kecil

Ayu ❤ Wan



Berdua bersatu. hikhik. meoow!
meow berkata: Kami bersedia untuk di POS! yeehaa!